Thursday, February 24, 2011

Betulkan Percakapan untuk Bina Akhlak Mulia

Manusia khususnya Rakyat Malaysia sekarang dahagakan akhlak mulia di kalangan remaja. Saya terkenang satu Hadith Nabi Muhammad S.A.W bersabda lebih kurang mafhumnya. " Tidak akan menjadi baik satu orang itu jika hatinya tidak baik, dan tidak akan baik hati seorang itu jika Iman dia tak betul, dan tidak akan betul Iman seorang itu jika percakapan dia tidak betul. Jadi, mari kita sama-sama kembali kepada asas " Back To The Basic" (BTTB) dengan memperbetulkan percakapan kita dari percakapan yang sia-sia kepada percakapan yang menyukakan Allah iaitu dengan banyakkan cakap Kebesaran Allah, Kehebatan Allah, Kekuasaan Allah dan Keagungan Allah. Mari kita lihat bagaimana akhlak sahabat-sahabat R.hum sebelum mereka memeluk Islam (Jahiliah), mereka mempunyai akhlak yang sangat buruk dan menjijikkan. Ada di antara mereka yang minum arak di dalam tengkorak musuh mereka sendiri, dan ada juga yang tanam anak perempuannya hidup-hidup dan sebagainya. Tetapi dengan tarbiah yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W dengan mengajak mereka melakukan dakwah iaini cakap kebesaran dan kehebatan Allah, maka akhlak mereka terbina sehinggakan orang yang melihat akhlak mereka pun terkesan dengan Agama Islam. Jadi, hari ini kita perlu ubah percakapan manusia khususnya remaja. Di bawah ini abang khailil ada menyatakan beberapa rangkap percakapan yang menyukakan Allah S.W.T untuk kita praktikkan :

  1. Tiada yang Berkuasa melainkan Allah.
  2. Tiada yang boleh bagi mudharat atau manfaat melainkan Allah.
  3. Tiada yang memberi rezeki melainkan Allah.
  4. Tiada yang bagi sihat atau sakit melainkan dengan izin Allah.
  5. Tiada yang boleh bagi bahagia atau sedih melainkan Allah.
  6. Tiada yang bagi faham melainkan dengan izin Allah.
  7. Tiada yang menggerakkan sesuatu melainkan dengan izin Allah.
  8. Tiada yang menghidupkan dan mematikan melainkan Allah.
  9. Tiada yang bagi makan dan minum melainkan Allah.
  10. Tiada yang bagi kenyang melainkan dengan izin Allah.
Jadi, cubalah untuk mempraktikkan percakapan ini di hadapan kawan-kawan kita di kedai, di kelas, di pejabat, di restaurant, di mana-mana sahaja kita berada. kita hendaklah menjaja Kebesaran dan Kehebatan Allah pada orang ramai. Dan dengan ini jugalah tanda kita syukur pada Allah dan pasti Allah akan tambah nikmat kita hari demi hari insyaAllah

semoga Allah beri taufik dan hidayat untuk kita sama-sama amal dan sampaikan.

No comments:

Post a Comment